Tuesday, January 21, 2014

Komuniti setempat Ayer Hitam Johor.




Pengenalan : Apa itu Perpaduan
        Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum harus berusaha memperkasakan keeratan serta memupuk perpaduan kaum samada dalam komuniti, organisasi atau negara. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai  “aur dengan tebing” sebagai satu sinergi menjurus ke Wawasan 2020. Di samping itu, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan perpaduan kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”. Dalam hal ini, sinergi dari semua pihak samada penduduk dalam komuniti, organisasi dan lapisan masyarakat perlu berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia dalam memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara kaum di dalam sesebuah komuniti di negara kita. Definisi perpaduan menurut. Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Perpaduan atau “solidarity”,  adalah satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.


Definisi Komuniti.
Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal di sesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain. Justeru, salah satu aspek yang penting dalam pembentukan perpaduan kaum yang lebih baik dalam masyarakat yang dinamik dan bersepadu ialah peruntukan aspek perancangan untuk kemudahan masyarakat yang bersesuaian, bersepadu dan bekerjasama. Perancangan yang efisien dan efektif bukan sahaja dapat menyediakan komuniti setempat dengan kemudahan, tetapi aspek perancangan kemudahan ini perlu  berasaskan kepada ciri dan faktor kebolehsampaian, kesepaduan, saling melengkapi, tahap penerimaan dengan taraf sosioekonomi, sosiobudaya dan sosiopolitik serta memenuhi matlamat komuniti setempat. Penyediaan kemudahan komuniti yang terancang akan membantu interaksi di kalangan ahli masyarakat setempat yang meliputi pelbagai bangsa dan kaum  serta membawa persekitaran pendidikan, pengetahuan reaksi di samping berupaya memupuk persekitaran untuk suatu masyarakat yang bersikap positif dan aktif serta progresif. Secara umumnya, perancangan kemudahan masyarakat yang mencukupi dan efektif berupaya mewujudkan suasana yang bersesuaian untuk kehidupan berkomuniti, bekerja serta beriadah bersama seterusnya mengeratkan hubungan sesama kaum serta memupuk semangat perpaduan dalam komuniti tersebut.

Definisi organisasi
Manakala, organisasi pula dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan yang lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Dengan erti kata lain, setiap organisasi secara amnya, merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugasnya yang tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu sistem sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan, termasuk syarikat perniagaan, badan kerajaan atau separuh kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama dan sebagainya. Di mana, konsep organisasi adalah sifat dan tabiat semulajadi manusia yang hidup berkelompak,yakni membentuk sebuah organisasi. Setiap organisasi mampu dan mempunyai  tugas dan matlamat tertentu yang ingin dicapai bersama anggota-anggotanya dengan menggunakan alat dan teknik yang tertentu. Dalam pada itu, tugas dan fungsi pengurus moden juga berkembang seimbang dengan kehendak bersama bagi menghadapi ekspetasi masyarakat umum. Lebih besar sesebuah organisasi itu lebih kompleks dan mencabar sistem pengurusanya. Bagi mengimplimentasikan sesuatu rancangan melalui sesuatu organisasi memerlukan perancangan yang sistematik dan teratur mengikut kehendak dan ciri-ciri sesebuah organisasi itu, samada organisasi itu kecil atau besar, namun ia perlu mengikuti lunas-lunas pengurusan yang sistematik bagi kemajuan sesebuah organisasi itu sendiri. Oleh itu jelaslah bahawa tersirat di dalam organisasi itu satu konsep yang melibatkan interaksi di antara manusia, alat teknologi, kaedah atau cara dan alam sekitar.

Persatuan Penduduk Taman Ros Ayer Hitam Batu Pahat
Kajian yang saya jalankan dalam komuniti setempat ini ialah di Taman Ros, Ayer Hitam Johor. Di mana, taman ini terletak berhampiran dengan Pekan Air Hitam yang dikenali sebagai pekan barangan seramik dan tembikar terkemuka yang dijual dengan harga yang berpatutan. Pada masa itu pekan ini hanya mempunyai deretan bangunan batu yang lama serta kedai dari bangunan kayu yang nampak begitu usang dan daif. Komposisi penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Pecahan Kaum di Ayer Hitam dapat dilihat dalam pemilihan pilihanraya umum yang ke - 13 iaitu Melayu 57.91% , Cina 37.96% , India 3.96% dan lain - lain bangsa sejumlah 0.17% . Taman Ros Ayer Hitam mempunyai carta organisasinya yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat dengan visinya menjadi sebuah rukun tetangga yang unggul dalam melahirkan komuniti yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan oleh Rukun Tetangga taman ini bersama Majlis Daerah Yong Peng dan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat ialah telah mengadakan Program Gotong - Royong Gerak Mesra Rakyat 2012 pada hari Ahad, 9 Disember 2012 mulai jam 7.30 pagi hingga pukul 1.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam) turut dihadiri oleh YB. Datuk Hj. Samsol Bari bin Hj. Jamali ( Adun Semarang ). Pelbagai acara telah dijalankan iaitu pemeriksaan kesihatan dari staf Klinik Kesihatan Ayer Hitam, pembersihan longkang dan kawasan, pertandingan masakan untuk kaum wanita (masakan kuih dan bihun) dan juga demo membuat kuih dari pelbagai kaum. Pemeriksaan kesihatan dari staf Klinik Kesihatan Ayer Hitam ini telah dilakukan ke atas semua penduduk yang hadir tanpa mengira golongan muda atau tua. Contohnya, mereka menjalankan pemeriksaan kandungan gula dalam darah, tahap kolestrol dalam badan dan tekanan darah tinggi. Sementara itu, khidmat nasihat tentang kesihatan juga turut disampaikan bagi menjelaskan kepada semua golongan bahawa pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, Kempen Derma Darah turut dijalankan oleh klinik kesihatan bagi membantu klinik-klinik atau hospital yang berdekatan yang memerlukan bekalan darah. Namun, dalam usaha memperkasakan semangat perpaduan dalam komuniti ini, penyertaan semua kaum amatlah penting bagi menjayakan aktiviti ini. Pertandingan acara masakan turut diperkenalkan dan terbuka untuk semua kaum. Pertandingan ini dapat mengenali masakan dan makanan dari kaum Cina, India dan Melayu. Antara masakan Melayu yang dihidangkan oleh peserta Melayu ialah nasi lemak, lontong dan rendang. Manakala masakan Cina pula dihidangkan dengan masakan bihun, nasi ayam dan cakoi. Masakan ini dapat dinikmati oleh semua kaum yang pelbagai citarasa. Selain itu, aktiviti ini dapat mencerminkan kumpulan etnik dan budaya yang terdapat di dalam penduduk Taman Ros Ayer Hitam. Pengenalan makanan tradisi pelbagai kaum dapat menarik penyertaan masayarakat semua kaum turut serta dan menjaga keharmonian serta sikap berkerjasama itu akan terbentuk apabila saling memahami budaya pemakanan setempat. Keadaan ini dapat menjaga keharmonian dengan mengenali budaya masakan sesuatu kaum. Lantaran itu, kaum Cina dapat merasa masakan Melayu dan kaum Melayu dapat merasa masakan Cina. Oleh itu, semua kaum dapat melihat dan merasa budaya masakan dan makanan masing- masing. Terdapat demo membuat kuih dari pelbagai kaum iaitu kuih bahulu dari orang Melayu manakala kuih bulan bagi orang Cina. Pn. Hjh Zaraah Palil telah memenangi acara masakan bihun manakala para peserta lain menerima hadiah saguhati berupa hamper sumbangan Majlis Daerah Yong Peng. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi di antara penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu, semangat kejiranan dalam jiwa masyarakat setempat juga menjadi titik tolak pembentukan Konsep Perpaduan Nasional.

Program Rukun Tetangga
Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat. Ia merupakan satu jawatankuasa sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli - ahli masyarakat yang berbilang kaum. Komuniti Rukun Tetangga digalakkan menganjurkan seberapa banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum dalam sesebuah komuniti tersebut. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa tersebut boleh merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lancar tanpa sebarang kekangan.    
Sebagai contohnya, Taman Ros pernah dilanda banjir kilat setelah berlakunya hujan lebat lebih kurang satu jam pada petang hari Sabtu bersamaan 15 Disember 2012. Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah di kawasan Jalan Mawar 1 dan Jalan Ros. Jalan - jalan tersebut telah dibanjiri air manakala beberapa rumah kediaman dan rumah kedai dimasuki air sepenuhnya. Keadaan yang lebih teruk ialah belakunya kerosakan jalan hampir sepanjang Jalan Mawar 1. Justeru, dalam hal ini pihak jawatankuasa telah mengadakan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan rumah serta menceriakan kawasan setempat yang musnah, seperti dewan orang ramai, taman permainan kanak-kanak dan membersihkan perparitan yang tersumbat. Semua lapisan masyarakat setempat berkerjasama membersihkan rumah yang dilanda banjir. Manakala jalan-jalan yang rosak telah diperbetulkan oleh Jabatan Kerja Raya.  Hal ini dapat membuktikan perpaduan komuniti setempat telah subur dalam memberi kerjasama walaupun musibah banjir kilat tanpa mengira kaum yang terlibat. Di mana, semua kaum berganding bahu untuk membantu komuniti setempat. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa “bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, jika kita mengamalkan prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”,sudah tentu kita masyarakat setempat akan merasai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini.    
Selain itu, ahli jawatankuasa taman ini juga telah mengadakan perjumpaan bulanan komuniti pada minggu pertama setiap bulan bagi mempertemukan semua jiran tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Ini dapat ditunjukkan juga dalam sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan. Program Hari Keluarga misalnya yang telah dibuat pada 30 Disember 2012 bertempat di padang bola Taman Ros, program ini telah menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti-aktiviti bersuka ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Hal ini dapat memberi peluang kepada penduduk untuk berkenalan, berkomunikasi, saling bekerjasama, saling membantu antara satu sama lain bagai “aur dengan tebing” serta menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Selain itu, ahli jawatankuasa penduduk setempat juga telah menganjurkan aktviti sukan penduduk pada cuti sekolah pertengahan tahun iaitu pada 1 Jun 2013 bertempat di Dewan dan Padang Bola Taman Ros Ayer Hitam, yang mana dapat memberi peluang kepada golongan kanak-kanak, remaja atau muda-mudi untuk menyertai aktiviti sukan tersebut. Antara sukan yang telah  dianjurkan seperti perlawanan bola sepak, pertandingan badminton, pingpong dan sebagainya. Program ini dijalankan di bawah kerjasama pengerusi, ahli-ahli jawatankuasa serta penduduk taman ini. Penyertaan sukan ini terbuka kepada semua penduduk tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan penglibatan ini, akan dapat  mengumpul seluruh komuniti setempat dalam satu program dan  dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan di antara mereka. Penganjuran program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk beriadah dan berinteraksi dengan masyarakat serta dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Apabila mereka menyertai acara sukan, mereka dapat menerapkan kreativiti, daya saing, dedikasi dan sebagainya. Justeru, dengan penglibatan masyarakat dalam aktiviti memperteguh jalinan kemesraan antara kaum ini juga dapat menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri yang tertanam dalam jiwa masyarakat kini. Sebagai contoh juga,  Pertandingan Badminton Tertutup Taman Suria dan Ros pada 2012. Jiran Muda telah menganjurkan pertandinagan pada 2 Disember 2012 hingga 6 Disember 2012 bertempat di Dewan UMNO Ayer Hitam. Pertandingan ini dijalankan secara berpasangan dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa bawah 18 tahun dan bawah 13 tahun. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandiangan tersebut. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Samsol Bari Bin Hj. Jamali (Adun Semarang, Batu Pahat). Namun, bagi kategori bawah 18 tahun tempat ketiga dimenangi oleh Asok Kumar A/l Agumana dengan pasangannya Aiman  dan tempat pertama dimenangi oleh Mohd Hayzir Ibrahim dan Soni Ruslan, tempat kedua Mohd Norazam dan Isnin Misbah. Hal ini telah membuktikan sukan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum. Lebih menarik lagi golongan muda telah ditanam semangat setia kawan dan saling memahami antara satu sama lain. Ternyata bidang sukan adalah salah satu cara yang dapat menyatupadukan masyrakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Ia merupakan salah satu agen dalam menyatupadukan masyrakat dalam semangat juang bersama untuk menang. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar yang hanya tidak tentu masa dengan kejaya dan mementingkan diri sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat kerjasama perpaduan sukar untuk diterapkan.



Peranan Majlis Daerah Batu Pahat
Sehubungan itu, sejajar dengan konteks perpaduan yang wujud dalam komuniti setempat ini, bagi menggarapkan lagi usaha membentuk perpaduan kaum di kalangan masyarakat hari ini, pihak Majlis Daerah Batu Pahat juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan penting ke arah membentuk perpaduan kaum yang jitu seterusnya melahirkan rakyat yang maju serta negara yang aman dan makmur. Di mana, pihak majlis telah menganjurkan Program Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada 18 Ogos 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Suria dan Ros, majlis ini diadakan dengan gabungan dua buah taman bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini. Majlis ini telah dipengerusikan oleh pengerusi taman iaitu Encik Haji Razak bin Rahman dan dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Samsol Bari bin Hj. Jamali (Adun Semarang, Batu Pahat). Majlis ini juga diadakan dengan menjemput semua penduduk Taman Suria, Taman Ros dan mana-mana penduduk taman yang berdekatan juga telah diberi jemputan ke majlis ini tanpa mengira bangsa dan agama, kerana menu jamuan hari raya ini banyak menyediakan menu masakan Melayu yang biasa di makan oleh kaum-kaum lain, seperti ketupat, rendang, nasi ayam, sate dan sebagainya. Yakni, semangat perpaduan antara kaum yang berbeza di Malaysia ini dapat disemarakkan dengan kehadiran puluhan ribu tetamu yang mengunjungi rumah terbuka itu. Kita merasa optimis bahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerah dan memberangsangkan. Maka adalah wajar bagi kerajaan menggalakkan setiap ahli-ahli jawatankuasa komuniti setempat untuk meneruskan tradisi Rumah Terbuka Kebangsaan seperti  ini bukan sahaja untuk Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utama yang lain, seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalam penuh muhibbah dan harmoni dengan semangat toleransi dan saling. Ini dapat direlisasikan
hormat-menghormati di antara kaum yang berbeza.

Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memelihara dan memupuk semangat perpaduan kaum secara mnyeluruh di peringkat masyarakat, ia harus diperluaskan melalui acara-acara peringkat setempat supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan
semata-mata dalam acara formal sahaja. Penyediaan kemudahan oleh majlis daerah di Taman Ros seperti taman permaianan kanak - kanak, gelangang bola keranjang, badminton dan premis perniagaan. Penyediaan kemudahan ini dapat memudahkan proses perpaduan kaum berlaku di mana semua kaum dapat berjumpa dan beriadah bersama-sama dengan anak-anak mereka di taman tersebut. Malah, pada waktu petang pula mereka boleh membawa anak-anak mereka bermain di taman permainan dan semua kaum dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di situ. Justeru, anak - anak mereka dapat bermain dan berkomunikasi bersama tanpa mengira bangsa dan agama, serta sedikit sebanyak boleh meregangkan ketegangan kaum. Penyediaan gelanggang bola keranjang dan badminton di taman ini bukan sahaja acara sukan itu dimonopoli sesuatu bangsa saja, malah semua kaum boleh bermain dan bergembira bersama-sama. Namun, bersukan bukan sahaja menyihatkan badan, malahan mampu mengeratkan perpaduan dan silaturahim di kalangan masyarakat apabila mereka berjumpa dan berkumpul di suatu tempat. Intergrasi Nasional menerusi acara sukan dapat disemai kerana mereka dapat bergaul antara satu sama lain. Selain itu, di Taman Ros juga banyak premis perniagaan telah disediakan di kawasan itu, seperti kedai makan, yang menyediakan pelbagai masakan Melayu dan menjual kuih-muih tradisional, di mana makanan tersebut biasanya boleh di makan oleh semua kaum seperti roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Yakni, dengan adanya permis perniagaan makanan, kedai runcit, kedai satu Malaysia serta pelbagai permis perniagaan yang lain membolehkan perpaduan dalam komuniti ini disemai semakin erat apabila ramai penduduk yang pelbagai kaum di situ datang
membeli-belah keperluan harian mereka, datang makan bersama sambil bersembang - sembang bersama kawan-kawan tanpa mengira kaum, secara tidak langsung akan lebih mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kaum dalam komuniti tersebut.
SK Ayer Hitam, SK Seri Bandan, SJK( C ) Malayan dan SMK Datuk Menteri.
Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah kerajaan berdekatan dengan komuniti Taman Ros iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam (SKAH), Sekolah Kebangsaan Seri Bandan (SKSB), Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Malayan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri (SMKDM),  juga menjadi pemangkin dalam usaha memperkasakan hubungan pelbagai kaum di situ melalui pertubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah tersebut. Menerusi PIBG ini, pelbagai program dirangka samada di dalam atau di luar sekolah.  Antara program yang dibuat ialah program Kembara Kemerdekaan yang dijayakan oleh SKSB pada 20 September 2011. Aktiviti ini dijalankan dengan tujuan utama untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri para pelajar sempena bulan Kemerdekaan Negara. Pengisian program ini melibatkan murid sekolah berbasikal mengibarkan Jalur Gemilang ke destinasi yang di tuju  iaitu Taman Ros. Namun demikian, objekif  kedua program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan penduduk setempat yang majoritinya adalah ibu bapa peserta atau murid-murid sekolah itu. Lazimnya, secara tidak langsung, langkah ini dapat menanam semangat  perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi, ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sementara itu, pihak SMKDM pula mengadakan Program Anakku Cemerlang, Ibu Bapa Gemilang, dan Sekolah Terbilang, iaitu sebuah program berbentuk bengkel dan motivasi yang dianjurkan bersama pihak PIBG SMKDM dan pentadbiran SMKDM pada bulan Mei 2008 bertujuan mendedahkan para ibu bapa kepada kaedah terbaik yang boleh dimainkan oleh mereka dalam membantu meningkatkan prestasi akademik anak - anak mereka. Para ibu bapa yang hadir akan saling berinterasi dan bertukar-tukar pandangan serta pengalaman, malah tidak terhad kepada membantu proses pembelajaran  anak-anak mereka sahaja.  Manakala, pihak SKAH pula menganjurkan aktiviti Kempen Anti Dadah peringkat sekolah pada 27 Februari 2012. Program yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu ini, melibatkan pengisian dari jabatan - jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Jabatan Polis, Jabatan Penjara dan Jabatan Bomba, manakala wakil NGO seperti PENGASIH Malaysia. Penganjuran bersama sekolah, persatuan PIBG dan wakil kerajaan serta NGO berjaya dijalankan hasil kerjasama semua pihak. Maka jelaslah, hal ini pemuafakatan dan perpaduan yang wujud dilihat melalui kerjasama dan semangat tolong-menolong  yang diberikan bagi menjayakan program-program tersebut.

Kem PKLN Sembrong, Jalan Kluang, Johor
Kerajaan telah mewajibkan remaja yang berusia 17 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Terdapat sebuah kem PLKN yang berhampiran dengan Taman Ros Ayer Hitam iaitu Kem PLKN Sembrong, Jalan Kluang. Melalui program ini para pelatih akan didedahkan dengan pelbagai modul yang akan meningkatkan tahap keyakinan diri mereka di samping menyuntik semangat berkerjasama dan perpaduan antara  kaum. Salah satu modul latihan yang dilaksanakan di sini ialah Modul Khidmat Komuniti di mana para pelatih akan didedahkan dengan pengalaman berinteraksi dengan masyarakat setempat. Dalam kes ini, pada 24 Jun 2010, sebuah program iaitu aktiviti gotong-royong bersama komuniti Taman Ros berjaya diadakan dengan kerjasama pelatih PLKN dari Kem Sembrong. Skop kerja yang dilaksanakan ialah pembersihan surau, keceriaan tadika KEMAS, membersihkan lalang di halaman - halaman rumah dan tebing parit. Melalui aktiviti kerjasama ini, para pelatih PLKN telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut skop kerja yang akan dibuat dan setiap kumpulan pelatih akan mempunyai wakil penduduk.
Pendekatan ini menampakkan hasilnya di mana mereka saling berinteraksi seperti bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan semasa melaksanakan tugas yang diberikan. Setelah selesai aktiviti pembersihan dan keceriaan, komuniti di situ telah  mengadakan majlis meraikan kehadiran tetamu PLKN tersebut di atas kerjasama yang dilakukan dalam komuniti tersebut. Sehubungan itu, kesan dari aktiviti ini, kemesraan sesama penduduk dan peserta PLKN dapat diljalinkan walaupun penduduk setempat terdiri darpada pelbagai bangsa dan agama. Namun, dengan kehadiran para peserta PLKN yang berbilang kaum bekerjasama dengan penduduk setempat Taman Ros, mereka dapat berkenalan serta beramah mesra dan secara tidak langsung dapat mencetuskan perpaduan kaum di kalangan peserta dengan penduduk taman ini.

Peranan Kerajaan melalui Agensi Jabatan Pertanian
Taman Ros mempunyai beberapa agensi kerajaan yang terdapat di kawasan itu seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan sebagainya. Yakni, dalam usaha menggeratkan perpaduan kaum dalam komuniti ini,  Jabatan Pertanian telah menjalankan beberapa aktiviti ke arah memperkasakan hubungan pelbagai kaum. Jika dilihat penubuhan asalnya adalah untuk memajukan sektor pertanian setempat tetapi melalui Pertubuhan  Peladang dan Pertanian Moden dan Industri Asas Tani, mereka telah mewujudkan perpaduan di kalangan komuniti. Melalui aktiviti  seperti Ekspo Agro Johor 13 yang bertemakan “Johor Gedung Makanan Negara” yang berlansung pada 27 November hingga 1 Disember 2013 bertempat di Tapak Pertanian Moden dan Inustri Asas Tani, sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan bagi peringkat negeri Johor. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran dan jualan di gerai-gerai, pameran ternakan hidup, mini zoo, demo masakan  dan persembahan kebudayaan negeri Johor. Melalui aktiviti pameran dan jualan dapat mewujudkan suasana hormoni tanpa sekatan, semua kaum boleh berjumpa di dalam ekspo dan mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain. Melalui pameran mengenali ternakan hidup dan melihat mini zoo, komuniti semua kaum dapat bertemu di dalam ekspo tersebut dan mengalakkan mereka berkomunikasi dengan semua kaum melalui satu bahasa iaitu Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa rasmi dan merupakan bahasa yang menyatukan semua kaum. Bahasa Melayu telah menjalankan fungsi sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dalam mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk setempat yang berbilang kaum. Selain  itu, aktiviti demo masakan juga dapat mewujudkan perpaduan di kalangan komuniti penduduk Ayer Hitam. Melalui masakan ia menjadi wadah dalam mengenali lebih dekat sosial budaya sesuatu masyarakat. Contohnya, masakan yang diperkenalkan dalam ekspo tersebut ialah demo membuat soto dan laksa Johor. Semua masyarakat berbilang bangsa dapat merasai dan memperlihat masakan tersebut. Semua kaum boleh menikmati masakan kaum Melayu tanpa sekatan malahan mereka sendiri boleh memasaknya walaupun berlainan agama dan bangsa. Selain  itu, persembahan kebudayaan dapat diperkenalkan. Salah satu kebudayaan yang dipersembahkan ialah Tarian Kuda Kepang, di mana negeri Johor sememangnya terkenal dengan tarian kuda kepang. Kebudayaan melalui tarian ini dapat diterjemahkan dengan lebih mendalam ke arah  menjana kefahaman bagi membina masyarakat yang saling menghormati antara semua kaum. Semua kaum boleh mempelajari tarian dan memahami kebudayaan semua kaum, cara ini sudah pasti akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan antara kaum di samping memupuk perpaduan melalui kebudayaan. Taman Ros Ayer Hitam sendiri mempunyai Persatuan Kuda Kepang yang telah lama diwujudkan. Persatuan ini tidak berkecuali dalam persembahan Ekspo Agro Peringkat Negeri Johor.  
Rumusan.
Tuntasnya, kemajuan negara kita juga bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah
“bersatu teguh bercerai roboh” . Oleh itu, dalam setiap organisasi sesuatu komuniti itu perlu pelbagaikan usaha ke arah memupuk perpaduan kaum  seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama. Sebagai intihannya juga, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”, oleh itu usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bagi oleh semua pihak, seperti “isi dengan kuku”. Namun, janganlah kita mengizinkan sejarah hitam berlaku akibat kurangnya persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dalam negara ini, seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi dalam negara kita. Justeru, segala usaha ke arah membentuk dan mengekalkan perpaduan kaum dari semua pihak termasuk pihak kerajaan yang telah dilakukan dalam masyarakat mahupun dalam komuniti setempat perlu dimanfaatkan oleh masyarakat tersebut dan bukannya seperti “ kera mendapat bunga” agar perpaduan kaum dan Integrasi Nasional dapat diwujudkan. Sekali lagi perlu kita ingat bahawa perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar negara kita dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukkan negara dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara – negara maju yang lain. Kesimpulanya, di sini jelaslah bahawa kepentingan perpaduan kaum adalah untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya. Namun demikian, kita perlu mengambil perhatian terhadap isu – isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya menjadi ancaman kepada semangat muhibbah serta keharmonian di negara kita. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman serta perpaduan kaum yang kukuh demi mewujudkan Integrasi Nasional, yakni,  mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “ perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama ”. Justeru, majulah bangsa dengan semangat perpaduan demi kerukunan dalam sesebuah komuniti setempat yang seterusnya membawa kepada keamanan  negara Malaysia tercinta.

Rujukan
Teo, K. S. (2013, Mei 29). Bahasa melayu alat penyatuan nasional. Berita harian. Retrieved from www.bharian.com.my/bharian/articles/BahasaMelayualatpenyatuannasional/Article/cetak
[Konsep Permuafakatan-Perlaksanaan Permuafakatan Di Sekolah]. (2009, Oktober 4). Retrieved from   
Sayuti, Rusimah and Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee and Ishak, Salma (2004). Kajian hubungan kaum di kalangan pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. d)
Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010) Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan, Jurnal Hadhari Bil.3
Mail Mathew. (2010). Hayati erti perpaduan dalam kepelbagaian kaum. In http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=4070:hayati-erti-perpaduan-dalam-kepelbagaian-kaum&catid=35:berita-sabah&Itemid=27. Retrieved November 25, 2013,
Utusan Online. (2007). Fahami makna perpaduan. In http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0826&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2jKCnqy7i. Retrieved November 26, 2013,
Abdul Rahim, B. H., & Ismail Fauzi, B. J. (2010). Tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Retrieved from http://eprints.utm.my/10544/1/Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_Dalam_Pelajaran_Kemahiran_Hidup_Bersepadu.pdf
Nurul Fasihah, A. B. (2012, Ogos). Negara bangsa menjelang 2020. Dewan Masyarakat, Retrieved from http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=2722
Doingbusiness.org. (n.d.). Ease of doing business in malaysia. Retrieved from http://www.doingbusiness.org/data/exploreeconomies/malaysia
Shortell, T. (n.d.). Durkheim's theory of social class. Retrieved from http://www.brooklynsoc.org/courses/43.1/durkheim.html
Junaidi, A. B., Rosmadi, F., & Amer Saifude, G. (2012). Penilaian awal impak perlaksanaan dasar perumahan negara terhadap sektor perumahan di kuala lumpur. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 8 ;Themed Issue on The Management of Social-Ecological Change and Uncertainties in the Global Era, 6(2180-2491), 90-108. Retrieved from http://www.ukm.my/geografia/images/upload/9.geografia-sept 2012-junaidi-si-ppspp-ed am1.pdf
http://blogsksp.blogspot.com/2010/12/konsep-permuafakatan-pelaksanaan.html
Haider , Y. (2013, September 20). Jpm hasrat lancarkan program pertukaran pelajar bagi memupuk perpaduan. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/news/show/jpm-hasrat-lancarkan-program-pertukaran-pelajar-bagi-memupuk-perpaduan-22464
Seri Bandan (2011, September 20) Kembara Kemerdekaan Berbasikal SKSB 2011. [facebook photo] retrieve from https://www.facebook.com/seri.bandan/media_set?set=a.195329903871858.49609.100001845484734&type=1
KRT Taman Suria Ros (2010, Jun 24) Gotong royong Bersama Pelatih PLKN [facebook photo] retrieve from https://www.facebook.com/krt.tamansuriaros/media_set?set=a.104339562951661.2006.100001268533108&type=3
Kementerian Pertahanan Malaysia (n.d)Modul khidmat komuniti. Retrieve from
Program Latihan Khidmat Negara. Ayer Hitam Johor.retrieve from
              module/
Utusan online (2013) P148 Ayer Hitam Johor. Retrieve from
Agro Johor 2013.(2013)[facebook photo]retrieve from
BERNAMA (September 17) makanan penyubur perpaduan. jabatan pertanian ayer
             hitam. retrieve from http://www.moa.gov.my/web/guest/bernama
Mini Agro Johor Ayer Hitam Keluang.[facebook photo] Retrieve from
             ref=stream&directed_target_id=0
Majlis Perasmian Ekspo Agro Johor 2013 Ayer Hitam Keluang Johor. [facebook
            photo]retrieve from https://www.facebook.com/JabatanPertanianJohor






No comments:

Post a Comment